dengar lagu bukan sekadar dengar kosong.
setiap bait bait perkataan ada maksud tersirat.
ambik cerita disebalik lagu.
ambik kisah disebalik lirik.
lagu yang diberi. aku balas setiap lirik. cewahh..! ;)
Biarkan waktu teruslah berputar
Mencintai kamu penuh rasa sabar
Meski sakit hati ini kau tinggalkan
Ku ikhlas ‘tuk bertahan
Terima kasih kerana masih sayang.
terima kasih masih sabar.
terima kasih masih setia.
terima kasih masih bertahan.
aku tahu keikhlasan tu.
maaf. aku tinggal tanpa pesan.
hati tak rela. tapi semua kerana terpaksa.
Cintaku padamu begitu besar
Namun kau tak pernah bisa merasakan
Meski sakit hati ini kau tinggalkan
Ku ikhlas ‘tuk bertahan
aku tahu cinta kau besar.
aku tahu cinta kau dalam.
aku tahu cinta kau tulus.
aku tahu cinta kau ikhlas.
namun, bukan aku tak rasa semua tu.
aku terpaksa. terpaksa melakukan sesuatu yg bukan dari hati aku.
sekali lagi maaf. bukan aku sengaja tinggalkan kau.
Kau meninggalkanku tanpa perasaan
Kau meninggalkanku tanpa perasaan
Hingga ku jatuhkan airmata
Kekecewaan ku sungguh tak berarah
Biarkan ku harus bertahan
tanpa perasaan ? bohong.
hati aku susah. namun terpaksa tahan.
tapi kau mungkin tak tahu.
bagi kau, mungkin aku sengaja tinggalkan kau tanpa perasaan.
maaf sebab kecewakan kau. bukan niat aku.
maaf sebab aku kau mengalir air mata mahal kau.
betapa kecewanya kau dgn tindakan aku.
maaf. bukan niat aku. sungguh bukan niat aku.
aku pun menyesal. aku pun kecewa.
aku tahu hati kau sakit sgt. aku pun sakit.
Jangan pernah kau coba untuk berubah
Tak relakan yang indah hilanglah sudah
Jangan pernah kau coba untuk berubah
Tak relakan yang indah hilanglah sudah
kau pesan berpuluh kali.
jangan risau. jangan khuatir.
sebab aku tak pernah berubah.
sejak dulu. aku masih yang sama.
kau percaya kan? hati aku masih yang sama.
tetap sama. sampai akhir nafas aku.
aku nak tebus. nak tebus balik segala kekecewaan yang dah aku beri.
aku tebus dengan kebahagiaan kelak.
itu janji aku. itu janji kita.
menjanjikan kebahagiaan utk diri masing2.
kebahagiaan utk kehidupan kita.
biarkan keindahan yang pernah ada, terus subur.
aku sayang semua tu. aku tahu, kau pun sayang.
kau tak rela semua tu hilang, aku berganda lagi tak rela.
keindahan dalam kepayahan. kebahagiaan dalam kesusahan.
mana nak cari ? mana nak jumpa ?
satu dalam sejuta.
jangan risau. aku takkan berubah.
biarkan keindahan tu yang berubah.
berubah jadi kebahagiaan untuk kita.
insyaAllah.
JANGAN PERNAH BERUBAH - st12
**terima kasih untuk lagu yang makan dalam sampai jantung.
No comments:
Post a Comment