no kopipasta baby !

Tuesday, September 23, 2014

Masuk bakul, angkat bakul sendiri


"HIDUP SEKARANG, KITA KENA ANGKAT BAKUL SENDIRI, JUAL DIRI"

jgn salah anggap!
 jual diri means naikkan diri sendiri. 
Minta semua.
Semua kita nak buat.
Macam gila pangkat gitu laaa.
Tunjukkan kebolehan.

Kita jangan tunggu sampai orang lain nampak apa istimewanya kita.
Kita yang kena tunjuk. 
Selalu tunjuk.
Angkat bakul sendiri.
Jangan kepala tau ja.
kalau tak tau, tanya.

Why kena angkat bakul sendiri ?

Persaingan banyak.
Kalau nak cepat naik, kena tahu tonjolkan diri.
Exposed yourself to everyone.
Let people see how talented you are.

In order to succeed in your life, you need to exposed yourself.
Let people talk. Its your life, not their's.

(GBSKKT,2014)



Aaaaaaaaaaa. cemmana nak angkat bakul sendiri.. 
Gemok. Berat sangat. Tak larat nak angkat. Hahaha.
Tq for the advice. :)



Friday, September 12, 2014

teks pidato : PENDIDIK BERINTEGRITI PENJANA MODAL INSAN

TEKS PIDATO

Bismillahirahmanirrahim.
Cuba kita taakul dan berfikir sejenak dengan pengaplikasian integriti dan jati diri Maharaja Meijing membina maruah bangsa, integriti dan toleransi Mahatma Gandhi berjaya memerdekakan India.  Integriti telah mengajar sekalian anak watan Tanah Melayu menuai kudrat membebaskan nusa daripada kuku penjajahan. Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Yang saya hormati, Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha, Puan Suhailah bt Shaarif, pensyarah Bahasa Melayu Kontekstual serta para hadirin yang saya kasihi sekalian.
Pada pagi yang sangat bernilai ini, ingin saya panjatkan kesyukuran kepada Allah kerana memberikan peluang kepada saya untuk menyampaikan pidato yang cukup bermakna dan penuh dengan perisian. Insya-Allah.  “Pendidik Berintegriti, Negara Dihormati”, begitulah frasa yang ingin saya ungkapkan.  Sebelum saya berbicara dengan lebih lanjut tentang tajuk ini, rasanya elok benar saya merungkai mutiara makna atau definisi tentang apa yang dimaksudkan dengan “Pendidik Berintegriti, Negara Dihormati”.
Hadirin yang dikasihi sekalian,
Acap kali kita mendengar perkataan integriti.  Namun tahukah kita apa yang dimaksudkan dengan integriti ?  Mengikut Kamus Dewan Edisi Ketiga, pendidik bermakna orang yang mendidik. Pendidik juga digelar sebagai guru.  Integriti pula ditakrifkan sebagai kejujuran, keadaan sempurna dan utuh.  Integriti juga merujuk kepada prinsip moral bagi seseorang individu,  Manakala negara didefinisikan sebagai suatu masyarakat yang menduduki kawasan tertentu dan diperintah oleh sebuah kerajaan.  Dihormati atau kata dasarnya hormat ialah mempunyai pandangan yang tinggi terhadap seseorang.  Bagi mengulas dan mengupas tajuk saya pada pagi ini, saya akan mengemukakan 5 komponen utama dalam pidato saya pada hari ini.
1.    Pendidik bersahsiah, peribadi cemerlang.
2.  Pendidik berpekerti mulia, disanjung tinggi.
3. Pendidik kreatif, menjana revolusi minda.
4. Pendidik mendukung wawasan negara, memperkasa negara.
5. Pendidik berilmu, melonjakkan negara di pentas dunia
Bagaimanakah dikatakan pendidik bersahsiah membentuk jati diri bangsa?  Pendidik bersahsiah merupakan komponen saya yang pertama. Apa yang boleh diperkatakan ialah pendidik seharusnya mempunyai pekerti mulia seperti yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Guru. Hal ini juga merupakan salah satu pendekatan untuk pendidik mendekati murid. Pendidik yang prihatin, ramah serta sopan santun merupakan salah satu gaya anggun untuk membolehkan murid mendekati seseorang murid itu. Justeru, ungkapan pendidik sebagai role model oleh masyarakat adalah amat sesuai. Pendidik yang bersahsiah mampu melahirkan modal insan yang sempurna dari aspek jasmani,emosi,rohani dan intelek. Seandainya pendidik itu sendiri yang pincang, maka sesuailah dengan pepatah ini “kalau guru kencing berlari, tidak hairanlah jika murid kencing berlari”.  Integriti pendidik atau guru sebagai penjawat awam perlulah melaksanakan amanah dan kuasa yang dipertanggungjawabkan menurut kepentingan umum. Seorang penjawat awam tidak wajar menyalahgunakan kuasanya untuk kepentingan diri, keluarga, saudara mara atau kaum kerabat sendiri. Sebagai penjawat awam, seseorang perlulah telus dan tulus, selain memikul pertanggungjawaban terhadap ketuanya, orang bawahan dan kepada pihak yang lain. Maka, tanggungjawab seorang pendidik amat berat dalam mendidik pelajar dengan penuh keikhlasan dan kejujuran untuk melahirkan generasi yang berguna kepada masayarakat dan negara kita. Dengan demikian, pendidik perlu mempunyai hubungan yang baik dengan pelajar yang berteraskan keikhlasan serta sifat penyayang agar dapat memberikan didikan yang terbaik buat semua pelajar kerana pelajar sekarang, penentu masa depan negara.

Hadirin yang dimuliakan,
Komponen saya yang kedua ialah, pendidik berpekerti mulia, disanjung tinggi.  Seperti yang kita sedia maklum, golongan pendidik merupakan ‘role model’ terhadap golongan muda terutama pelajar sekolah rendah.  Hal ini kerana, mereka merasakan apa yang dilakukan oleh guru mereka, semuanya benar belaka.  Bukan sahaja dari segi sahsiah, bahkan dari segi pemakaian dan cara percakapan.  Oleh itu, sebagai seorang pendidik, seseorang itu perlu mempunyai nilai murni dan adab yang tinggi.  Nilai murni seorang warga pendidik amat penting bagi menjaga maruah seluruh warga pendidik yang lain.  Dahulu pernah timbulnya isu yang menggemparkan dunia pendidik dimana seorang guru telah mencabul 12 orang pelajarnya.  Insiden yang tidak bermoral ini telah mencemarkan nama baik golongan warga pendidik yang selama ini dipandang tinggi oleh masyarakat. “Kerana nila setitik, habis rosak susu sebelanga”.  Persoalannya disini, mengapakah perkara ini terjadi ?  Hal ini terjadi kerana tiadanya nilai integriti dalam diri pendidik tersebut.  Sebilangan kecil para warga pendidik tidak menerap dan mengamalkan integriti dalam diri dan kehidupan mereka.  Integriti merupakan nilai yang paling penting bagi seorang guru.  Guru yang berintegriti perlu melaksanakan tugasnya dengan amanah dan mempunyai keprihatinan serta penuh kasih sayang kepada pelajar bukan menganiaya pelajar.  Dan apabila kita merujuk kepada rumusan maksud integriti yang saya ceritakan di atas iaitu , integriti adalah merujuk kepada prinsip moral bagi seseorang individu, maka apabila seorang guru itu melakukakan perbuatan yang tidak bermoral, maka dia bolehlah diklasifikasikan sebagai seorang yang tidak berintegriti.  Seorang guru yang berintegriti perlu mempunyai tahap ketabahan yang tinggi serta sentiasa bersikap positif dalam semua perkara agar negara kita dihormati dan dipandang mulia.
Seterusnya, komponen saya yang ketiga ialah pendidik berinovatif, kreatif dan kritis khususnya dalam bidang sains dan teknologi.  Hal ini bertepatan dengan elemen keenam Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu unsur intelek.  Objektifnya ialah untuk melahirkan bangsa yang sentiasa meneroka sesuatu perkara yang baru dan mencabar.  Segala-galanya bermula daripada ilmu seorang pendidik yang telah dicurahkan kepada para pelajarnya.  Para pendidik hendaklah bersedia untuk menimba ilmu dan kemahiran baru berkaitan dengan Pengajaran dan Pembelajaran serta sanggup melaksanakan inovasi dalam pembelajaran di bilik darjah.  Negara maju seperti Amerika Syarikat dan Britain mempunyai ekonomi kukuh yang sebahagian besarnya disokong oleh kegiatan yang berasaskan sains dan teknologi.  Ini membuktikan bahawa perkembangan sesebuah negara bergantung kepada sejauh mana perkembangan sains dan teknologi di dalam negara tersebut.  Kemahiran sains dan teknologi ini tidak boleh wujud dengan sendirinya tanpa didikan daripada warga pendidik.  Bagi melahirkan para pemaju negara ini, warga pendidik perlulah menjadi seorang yang berinovaif, kreatif dan kritis.  Unsur intelek ini perlu ada dalam diri warga pendidik agar dapat melahirkan generasi yang mampu mencipta inovasi baru.  Dengan adanya generasi yang mempunyai kemahiran sains dan teknologi ini, dengan adanya inovasi-inovasi baru yang dicipta, maka negara akan dihormati dan dapat menghindarkan masalah kemunduran yang acap kali dihadapi oleh sesebuah negara yang tidak mempunyai perkembangan sains dan teknologi.  Sesungguhnya, guru berada di saf hadapan untuk membangun bangsa cemerlang yang akan menentukan sebuah negara maju, aman dan dihormati.
Sidang hadirin sekalian,
Komponen saya yang keempat pula ialah pendidik mendukung wawasan negara. Kementerian Pendidikan Malaysia telah merangka Pelan Induk Pembangunan Pendidikan dengan matlamat melahirkan modal insan yang berupaya menyesuaikan diri dengan persekitaran global yang acap kali mengalami transformasi.  Transformasi perlu seiring dengan semangat 1Malaysia yang mementingkan perpaduan.  Pendidik daripada pelbagai latarbelakang, anutan agama atau bangsa mestilah terbabit dalam proses membentuk perpaduan, sekali gus menjalin hubungan dan kerjasama yang kukuh dan berkekalan.  Sekolah Wawasan yang dicanai kerajaan bertujuan untuk menghapuskan jurang perkauman dan sekaligus memupuk semangat patriotisme yang tinggi.  Sekolah Wawasan merupakan pengumpulan tiga buah sekolah dalam satu kawasan iaitu Sekolah Kebangsaan, Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil.  Justeru, bagi menjayakan matlamat perpaduan antara kaum, maka sesuailah dengan pepatah Melayu “melentur buluh biarlah daripada rebungnya”. Seperti yang kita sedia maklum, Sekolah Wawasan merupakan salah satu inisiatif pihak kerajaan untuk mengelakkan isu perkauman berlaku dalam masyarakat kita.  Peristiwa berdarah 13 Mei pasti tidak akan berulang lagi.  Warga pendidik memainkan peranan yang sangat penting dalam melaksanakan program ini.  Bagi memupuk nilai integriti dalam diri pelajar, pendidik haruslah mempunyai nilai integriti yang tinggi dalam dirinya sediri agar dapat diterapkan dalam diri pelajar dengan mudah.  Apabila seorang pendidik berjaya memupuk nilai integriti dalam diri anak didiknya dan mampu melahirkan bangsa berintegriti sekaligus mereka pasti mampu mengangkat martabat negara serta mendukung wawasan negara.
Setelah tamat komponen keempat, kita beralih pula kepada komponen saya yang terakhir iaitu pendidik yang berilmu dan beramal.  Menurut perspektif agama, kerjaya guru dianggap sebagai ibadah.  Hal ini kerana tugas pendidik adalah untuk menyampaikan ilmu dunia dan akhirat kepada murid sebagai pedoman hidup.  Dalam menjana transformasi pendidikan, tugas guru bukan hanya sekadar menyampaikan ilmu pengetahuan, tetapi juga berperanan membentuk bangsa supaya menjadi insan yang berakidah, dinamik dan berkualiti di dunia dan akhirat.  Sudah menjadi lumrah sebagai seorang pendidik untuk mendidik anak bangsa dan beramal kepada bangsa dan negara.  Ilmu yang disampaikan oleh pendidik dapat membimbing kita.  Ilmu yang dicari untuk dikongsi bersama, bukan disimpan seorang diri.  Kita tidak mahu menjadi pendidik yang hanya mengharapkan gaji setiap bulan secara membabi buta semata-mata.  Pendidik yang cemerlang adalah pendidik yang berintegriti.  Fikir-fikirkan.  Maka, ingin saya jelaskan di sini bahawa tujuan pendidik adalah untuk melahirkan modal insan yang diperlukan oleh negara pada masa hadapan.  Bagi mencapai Wawasan 2020,  modal insan yang dimaksudkan ialah modal insan yang berilmu, berkemahiran, berketerampilan dan berintegriti.  Sudah menjadi tanggungjawab seorang pendidik yang berintegriti untuk mendidik anak bangsa bagi melahirkan bakal-bakal pemimpin negara yang berintegriti pada masa akan datang.  Secara tidak langsung, negara akan dihormati dan disanjung tinggi.

Sidang pendengar yang saya kasihi sekalian,


Pada penghujung bicara,jelas tertera, integriti sangat penting dalam diri seorang pendidik bagi melahirkan modal insan yang cemerlang.  Tugas guru dipandang tinggi dan diiktiraf bukan saja sebagai penyampai ilmu, jurutera sosial, penyubur perpaduan, pencorak minda, pembangun sahsiah malah sebagai ejen perubahan.  Tatkala kita jadikan integriti sebagai budaya dan pegangan, maka impaknya bangsa yang dulu tertiarap dimamah, kini kembali tegak bermaruah. Sebagai rakyat Malaysia suka untuk saya ingatkan, pada hari ini, impian kita adalah untuk menjelmakan bangsa yang cemerlang, gemilang dan terbilang bukan bangsa yang kecundang, pincang dan terbuang.  Ingat, jangan biar ayam direban disambar helang, jangan biarkan padi di tangan menjadi lalang, mari bangkit dan sama-sama berjuang ke arah negaraku yang semakin gemilang dan terbilang di mata dunia.  Pendidik berintegriti, negara dihormati.  Sekian, wabillah hitaufik walhidayah wfor assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


leave your email for soft copy. i'll email you ASAP. tq :)

gerko: LATIHAN RINTANGAN

Contoh Latihan


Stesen 1
Aktiviti            : Lari Zig Zag
Pengelolaan : Pelaku akan berlari selang seli pada skittel yang dibariskan sebanyak 6 batang.
Fungsi             : Meningkatkan ketangkasan
Otot                   : Gastrocnemius, Biseps femorius, Rectus femorius dan Vastus lateralis
Alatan              : Enam batang skittel
zig-zag4.jpg










Stesen 2
Aktiviti            : Turun naik tangga
Pengelolaan : Pelaku akan berlari dan menaiki anak-anak tangga.
Fungsi           : Meningkatkan daya tahan kardiovaskular dan kekuatan otot kaki.
Otot         : Gastrocnemius, Biceps femoris, Rectus femoris, Tibialis anterior, Extensor digitorum longus dan sistem kardiovaskular.
home-exercise.jpgAlatan             : Tangga






Stesen 3
Aktiviti            : Merangkak di bawah palang.
Pengelolaan : Pelaku akan merangkak di bawah palang yang dibariskan sebanyak 8 batang.
Fungsi                       : Membina kekuatan otot kaki dan tangan.
Otot                 : Biceps femoris, Fascia late, Vastus lateralis, Restus femoris, Triceps brachi,  Biceps brachi, Extensor carpi ulnaris dan Brachioradialis.
Alatan         :   8 batang palang dan 16 buah skittel.
di bawah dawai berduri.jpg







Tujuan

Bagi memastikan kadar  nadi maksima dapat dicapai selepas membuat latihan rintangan yang telah dirancangkan seseorang individu perlu menjalani latihan tersebut dengan betul.

Sesi Latihan


AKTIVITI
MASA
JARAK
Lari zig zag
8 minit
6 skittle (4 kali ulang alik)
Turun naik tangga
5 minit
10 anak tangga (10 kali ulang alik)
Merangkak di bawah palang
5 minit
8 batang palang (5 kali ulang alik)




if you need more bout this, kindly leave your email in comments. i'll email you ASAP. tq :)

edu : THE MASCOT

CADANGAN PENYELESAIAN MASALAH

          Kualiti peribadi guru yang efektif akan membantu guru dalam melaksanakan tugas dengan lebih baik di dalam bilik darjah. Ada kualiti ini sememangnya sudah sedia ada dalam diri seseorang guru.Ada pula guru yang perlu dilatih atau diingatkan tentang kualiti yang diperlukan untuk membantunya dalam pengurusan bilik darjah.(Haliza dan Joy Nesamalar, 2008). Sememangnya pendekatan yang diambil Cathy untuk mengawal kelasnya sudah betul namun keberkesanannya akan dapat dilihat sekiranya Mrs. Clem ditunjukkan kesilapannya dan diterapkan dengan nilai – nilai dan ciri – ciri guru efektif.


Mrs. Clem Perlu Lebih Bersikap Universal dan Adil terhadap Murid.

Tanggapan awal untuk mengenalpasti guru yang efektif lebih terarah kepada ciri – ciri yang ada pada seseorang guru tersebut seperti cara pendekatan yang digunakan, sifat dirinya yang ceria, keinginan, sifat kebergantungan pada diri, adil, jujur, bijak, mempunyai nilai moral yang baik dan sabar. (Charters dan Waples, 1929).
Dalam kes ini, Mrs. Clem tidak menunjukkan ciri –ciri guru efektif dan pendekatan terlalu memilih kasih antara muridnya telah menyebabkan Jabar berkelakuan negatif terhadap Cathy. Kemungkinannya, Jabar beranggapan bahawa perhatian yang tidak sama antara Cathy dan Mrs. Clem terhadapnya menunjukkan bahawa Cathy tidak menyukainya.
Bagi menyelesaikan masalah ini, Mrs. Clem perlu mengubah pendekatan yang diambil terhadap Jabar. Sikap pilih kasih itu telah mendorong kelakuan negatif Jabar. Menurut Lorin (1989), pendekatan kebiasaannya digunakan untuk penyampaian arahan banyak disokong oleh ramai pendidik dan pada masa yang sama para penyelidik mencadangkan agar lingkungan semulajadi (ciri – ciri keperluan psikologikal  Abraham Maslow iaitu kasih sayang) dalam pengajaran yang efektif di bilik darjah.
Beliau perlu lebih adil dan bersikap universal terhadap semua murid dan tidak hanya mengharapkan Jabar. Beliau perlu sedar bahawa murid – murid lain juga memerlukan perhatian sama seperti yang Jabar peroleh. Sikap pendiskriminasian perlu diatasi dan dikikis dan penyemaian sifat kasih sayang yang sama rata kepada murid – murid lain perlu dilaksanakan.

Tingkah Laku Bermasalah Murid

Dalam kes ini, Jabar ialah seorang murid yang berkelakuan negatif di dalam kelasnya  terhadap guru dan murid lain. Jabar kerap kali melawan Cathy dan juga menganggu rakan sekelasnya yang lain. Tingkah laku bermasalah Jabar sememangnya mempunyai kaitan dengan Model Akibat Logikal Dreikurs. Dreikurs (1968) mendapati bahawa tingkah laku bermasalah berpunca daripada motif- motif berikut :
·       Mendapatkan perhatian
·       Mencabar kuasa
·       Membalas dendam
·       Mempamerkan kekurangan

Jabar berkelakuan demikian semata – mata untuk mendapatkan perhatian Cathy sepertimana yang diperoleh apabila dengan Mrs. Clem. Mrs. Clem tidak pernah menegur kelakuan Jabar yang negatif dan menganggap bahawa tingkah laku Jabar adalah sesuatu yang normal baginya. Cathy merasakan Jabar kerap menganggu kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Sikap Mrs. Clem yang tidak pernah menegur kesilapan Jabar dan pilih kasih telah mengakibatkan Jabar beranggapan bahawa dirinya sentiasa betul dan disayangi. Jabar juga berkelakuan yang sama terhadap Cathy dengan harapan Cathy akan menyukainya seperti Mrs. Clem menyukainya.
Berdasarkan model modifikasi tingkah laku oleh Skinner, murid yang mempunyai masalah tingkah laku boleh diatasi menggunakan peneguhan negatif dan peneguhan positif. Peneguhan yang digunakan dipilih berdasarkan kesesuaian tingkah laku yang diingini dan tingkah laku yang tidak diingini. Seorang guru yang efektif perlu peka terhadap keperluan peneguhan ini di dalam bilik darjah bagi mengatasi masalah tingkah laku murid-murid.
Bagi mengubah tingkah laku Jabar ini, Mrs. Clem perlu memberi perhatian kepada tingkah laku yang diingini. Sekiranya Jabar berkelakuan negatif, Mrs. Clem tidak wajar memberi perhatian dan mengendahkannya. Namun, apabila Jabar berkelakuan baik dan membuat tingkah laku yang diingini, disinilah aspek memberi perhatian perlu ditekankan kepada Jabar. Cara ini dapt membantu Jabar untuk mengetahui tingkah laku mana yang boleh diterima dan mana yang tidak diterima sekaligus mampu mengubah tingkah laku negatif Jabar kepada tingkah laku yang positif. Guru yang efektif perlu sedar dan peka terhadap tingkah laku murid – muridnya di dalam bilik darjah.
Tingkah Laku Bermasalah Mrs. Clem
Tingkah laku Mrs Clem yang tidak efektif di dalam bilik darjah juga perlu diatasi. Mrs Clem tidak mempunyai ciri-ciri seorang guru efektif yang perlu di dalam dirinya. Dalam buku Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku karya Haliza Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel, terdapat 3 aspek ciri guru efektif yang perlu ada pada seorang guru, iaitu :
·         Kualiti peribadi
·         Kompetensi pengajaran dan pembelajaran
·         Penghayatan dan amalan nilai
Ketiga-tiga aspek tersebut perlu dikuasai oleh Mrs Clem bagi membentuk dirinya untuk menjadi seorang guru yang efektif. Ciri-ciri tersebut perl diterap dalam dirinya kerana kekurangan ciri-ciri tersebut mampu mempengaruhi keberkesanan pengurusan bilik darjah.

Mrs. Clem Perlu Membimbing dan Memberi Tunjuk Ajar

 Lorin W. Anderson (2008) telah menggariskan empat langkah – langkah untuk meningkatkan kualiti dan keberkesanan kerja  sebagai seorang guru. Antaranya:
i.       Pendidik- pentadbiran sekolah perlu menyediakan persekitaran kerja yang selesa dan stabil serta tidak membebankan.
ii.      Guru mesti mempelajari kemahiran komunikasi dan bekerja bersama untuk menyelesaikan masalah pendidikan.
iii.    Guru mesti bekerja ke arah kerjaya yang lebih profesional.
iv.    Masyarakat dan komuniti sekolah khususnya guru – guru berpengalaman perlulah menunjukkan rasa hormat kepada guru sebagai guru profesional yang berpengetahuan.
          Langkah – langkah yang digariskan Lorin tersebut mempunyai kaitan dengan kes ini khususnya bagi langkah 1, 2 dan 4. Ciri – ciri ini perlulah diamalkan dan dipraktikkan oleh Mrs. Clem agar kualiti kerjayanya meningkat dan sekaligus tergolong  dalam kalangan guru – guru yang efektif.
Bagi langkah 1, Mrs. Clem seharusnya membimbing dan membantu Cathy dalam sesi pengajarannya dan bukannya membebankannya dengan mengubah isi pengajaran dan menyuruhnya melakukan sesuatu yang diluar jangkaan. Dalam langkah ini, Mrs Clem seharusnya menyediakan suasana proses pengajaran dan pembelajaran yang baik terhadap Cathy dan tidak membebankan Cathy untuk mengikut segala arahan yang dikeluarkannya serta menganggu proses pengajaran dan pembelajaran yang ingin dilaksanakan oleh Cathy.
          Bagi langkah 2, Mrs. Clem yang berpengalaman hampir 20 tahun sebagai guru sewajarnya lebih peka terhadap masalah yang dihadapi Jabar dan membantu Cathy untuk membentuk disiplin Jabar melalui komunikasi dan perbincangan mereka memandangkan beliau juga lebih arif akan perihal sikap Jabar. Apa yang berlaku dalam kes ini ialah sikap Mrs. Clem yang tidak suka ditegur dan dibetulkan kesalahannya berdasarkan pemerhatian oleh Cathy. Komunikasi yang baik dan kerjasama antara Mrs Clem amat penting bagi membantu Cathy menguruskan masalah yang berlaku di dalam bilik darjah tersebut.
Bagi langkah 4 pula, komuniti masyarakat di sekolah yang dimaksudkan adalah Mrs. Clem. Mrs. Clem seharusnya mengiktiraf kemampuan Cathy sebagai guru permulaan dan memperkenalkan Cathy dengan cara yang lebih terhormat agar Cathy tidak merasakan dirinya seperti mascot.
          Menurut Glasser (1993), guru boleh meningkatkan mutu pengajaran melalui sifat guru yang sentiasa membimbing serta memberi galakan kepada murid untuk memberikan yang terbaik. Malah, guru perlu bersifat pembimbing dan bukan pengarah.
Situasinya di sini, Mrs. Clem yang bertindak sebagai guru pembimbing perlulah sentiasa membantu Cathy dan bukannya semata – mata mengarah. Mrs. Clem juga merendahkan keyakinan muridnya selain Jabar apabila beliau tetap mahu mengarahkan Jabar ke keretanya untuk mengambil ‘science kit’.

Mrs. Clem Perlu Bijak Untuk Campur Tangan

Kompetensi pengajaran dan pembelajaran merangkumi dua aspek iaitu pengetahuan dan kemahiran dalam pendidikan. Bagi elemen pengetahuan pula adalah terarah kepada pengetahuan am, pengetahuan ikhtisas dan pengetahuan mengenai kurikulum. Manakala, elemen kemahiran pula menjurus kepada kemahiran pedagogi dan kemahiran penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi.(Haliza dan Joy Nesamalar, 2008).
Mrs. Clem harus mempunyai pengetahuan mengenai kurikulum sains yang diajar oleh Cathy. Kelas sains tersebut perlu diserahkan kepada Cathy tanpa campur tangannya untuk memberi arahan kepada Jabar untuk menyiapkan ‘science kit’ tersebut. Mungkin kurikulum sains pada ketika itu memerlukan pemerhatian dan pemantauan guru yang bertanggungjawab.Keputusannya untuk campur tangan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran tersebut menyebabkan kawalan kelas kucar kacir.

Manakala, kemahiran pedagogi juga penting untuk memastikan kawalan kelas dalam keadaan sistematik.Mrs. Clem seharusnya menggunakan konsep kelancaran dan kesinambungan ketika sesi pengajaran yang diperkenalkan Kounin. Guru yang baik akan sentiasa peka terhadap kelancaran sesi pengajaran dan pembelajaran serta sentiasa menarik minat murid dan tidak sewenang – wenangnya memberikan mereka peluang untuk membuat gangguan di dalam kelas.
          Menurut Emmer, Evertson dan Worsham (2006), pada awal persekolahan, murid – murid masih tidak pasti apa yang akan berlaku dalam kelas. Mereka mungkin mempunyai jangkaan berdasarkan pengalaman mereka dengan guru yang lain sebelum ini dan berbeza dengan apa yang bakal berlaku pada sesi baru. Cathy pada mereka adalah sama dengan Mrs. Clem daripada segala aspek samda pendekatan pengajarannya mahupun sifatnya.
Oleh yang demikian, Mrs. Clem perlu lebih prihatin terhadap sikap murid – muridnya terutamanya Jabar.Mrs. Clem perlu menyatakan dengan jelas peraturan, prosedur dan keperluan agar murid – murid tahu situasi sebenar mereka apabila Cathy mengajar nanti.Kesannya, tiada lagi campur tangan Mrs. Clem sekiranya kelakuan murid – murid telah dibentuk melalui peraturan yang diterapkan sejak awal persekolahan.




if you need more bout this, kindly leave your email in comments. i'll email you ASAP. tq :)