no kopipasta baby !

Friday, August 15, 2014

Program Bakti Siswa "Kedahku Sayang"

Alhamdulillah...
5 hari program berjalan dengan jayanya.
Tahniah kontinjen terbesar IPGKDA
Memonopoli ketiga-tiga tempat pemenang video terbaik.

and thankyou very much on your great job soulphotography, aimanphotography, bvrlicious.
ehem.. promote promote.
hewhew

okay okay.
cerita program lah.
program 5 hari (9 Aug - 13 Aug 2014 ) Bakti Siswa melibatkan 13 IPTA/IPTS seluruh Malaysia dgn kerjasama KPM, PPD PENDANG dan UNIMAS.

Kami berkampung di Felda Sg. Tiang selama 5 hari.
Weyy..! Kg ni tersangat la seronok ohsem syok bahagia aman damai segalanya lah.
Baik dr segi warga kampung, pihak sekolah, anak anak kampung.
Allah... bahagia sungguh duduk sini.
Suasana sangat seronok.
Tenang hati...Tenang fikiran...
Keluarga angkat sangat baik..
Layanan tiptop.
Walaupun kami buat macam hotel keluar pagi balik malam sebab aktiviti padat.
Abah hantar, abah jemput. Makan hari hari ada.
Pagi, tengahari, malam.
Alhamdulillah... kami anak manja ! ;)
Sampai mak tak bagi balik..suruh stay lagi.
Alahai...nanti kami datang lagi.
Pasti kami datang. InsyaAllah.
Sebab kami dah jatuh cinta dengan suasana kampung Felda Sg. Tiang.
Duduk sana, rasa macam kampung halaman sendiri...
Selesaaa... sangat selesa.
Semoga ikatan ini terjalin selamanya. :)

Sk hujung keton..
Allah..suasana sangat nyaman.
Jauh terletak dalam Pendang.
Ya. jauh.
127 org murid.
Tiada masalah disiplin. Tak perlu guru disiplin.
Mostly murid dari golongan kurang berkemampuan.
Murid sangatlah baik..
Anak-anak pra sekolah sangatlah comel.
Para guru dan guru besar sangat baik.
Kedatangan kami sangat dialu-alukan oleh pihak sekolah yg tidak pernah menerima mana-mana kunjungan sebelum ni.
Seronok sungguh mereka menerima kehadiran kami.
Kami juga seronok berada di Sk Hujung Keton walaupun sekejap.
Jujur, aku suka sekolah Sk Hujung Keton walaupun mmg hujung sungguh duduknya sekolah ni.
Tp udara nyaman, sejuk. Suasana tenang.
Line hp ? Mestilah ada!!
cuma takde la line 3g or segala bagai g tu.
senang cerita, memang tak dapat lah nak insta or fb tu. hikhik
wifi sekolah ? not sure.
Jangan takut nak datang sekolah ni...
suasana nyaman.
selesaa.
warga sekolah yang sangat baik!

Terima kasih warga Felda Sg Tiang.
Terima kasih warga Sk Sg Tiang.
Terima kasih warga Sk Hujung Keton.
Terima kasih semua keluarga angkat.
Terima kasih semua pihak yg terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program Bakti Siswa Kedahku Sayang.


Sebahagian moments sepanjang program bakti siswa..
*more pictures soon.



Pengalaman mengajar erti penat lelah kehidupan yang tak dapat dibeli.
Alhamdulillah.
43 org siswa siswi kental gagah perkasa.
berjaya berbasikal ke bukit perak.
an achievement for those yg memanjakan badan selama ini.
nah kauu.
merah padam muka!
separuh nyawa nak sampai sini.
last day.
cycling to bukit perak.
separuh nyawa cycling sini !!
pengalaman yg sgt berharga.

we are here.
in Bukit Perak.


Selpiaq lelaki.


bukit perak

they just so excited to be with us

kak auni dan anak anak prasek. sk hujung keton

Adra...she's so special.
lain daripada yg lain

penyakit selfie dengan kanak kanak yg kaki bergambar jugak

seronok melayan si comel ni semuaa

they request for photos.

excited bergambar

buah hati

kami kaki selfie.
Allahu.. bahagianya bersama mereka.

anak anak sk hujung keton
mygodddd! comel sangat.

adra comel

fasi selpiaq

PraSek. Sk hujung keton
gotong royong

LDK sk sg tiang

mentor mentee sk sg tiang

rumah mak abah

program sk sg tiang

rumah mak abah

adik beradik angkat.
rumah mak abah

cikgu kaki selpiaq

sementara tunggu ketupat masak. hikks.
selpiaq sedaih.

musim buah, makan buah je kerja kami.



Since kami terlalu sibuk dengan aktiviti, tak sempat nak beramah mesra lama lama.
 Keluarga angkat semua jangan risau..
Kami akan datang lagi luang masa dengan keluarga pulak! ;)
InsyaAllah.... kita jumpa lagi. ;)




Terima kasih pengalaman indah 5 hari.
 Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment