no kopipasta baby !

Thursday, August 21, 2014

kisah infiniti satu.


aku terpaku..
tengok kau depan aku..
ah..pasti kau sentiasa laku..
tak mungkin jadi milik aku..

dan kau..
rupa paras kau menarik,
sekali kau senyum,
sekali kau main mata,
seribu hati gadis luruh.

aku mesti kau tak pandang.
kerna aku bukan menarik.
tak macam gadis lain.
tak macam kekasih kau.
oh kau dah ada kekasih ?
punah...hancur...luluh...

hati berbunga lepas kau tegur aku.
oh maybe kau dah single.
dia ajak dinner..
seriuosly ? really ?
suddenly...*call in*
kau suruh aku diam.
oh. kekasih kau.
masih in relationship.
punah lagi..

kau kata taknak dia.
nak aku jadi milik kau.
kau gila ke?
siapa suka sailang ?
kau cerita kenapa.
oh..patutlah.
nak je aku jumpa si kekasih kau.
kenapa dia bodoh sangat.
kenapa dia tak reti nak hargai.
kata sayang. tp mcm hanjing.
apa punya kekasih ?

kau tinggal dia, datang kat aku.
kau kata aku org yg dia cari selama ni.
nak buat apa ? nak buat bini.
eh kau gila ? kau bercinta bertahun.
kau tinggal dia. senang betul !
apa hati perempuan itu mainan ?
kau kata dulu proses memilih.
mygod..! senang mulut berbicara.
eh, rezeki aku. dia datang dekat aku.

tapi kenapa aku yg dicaci kekasih kau dulu.
dia kata aku yg sailang.
dia kata aku perampas.
sedangkan dia pernah kata kat aku.
"ambik, jagalah elok2."
tiba tiba dia maki ?
tiba tiba dia caci ?
eh kau perempuan.
dah kenapa ?
hebat berbicara, lantang bersuara.
mungkin kau tak kenal aku siapa.
kau jangan jadi bodoh.
nanti kau malu sendiri.
kau curang, kau tak sedar ?
kau kedapatan! 
ada kekasih lain rupanya.
kekasih underground. 
mungkin kau tak tahu..
yang kekasih kau tahu..
sebab tu dia tak mahu..
dia datang kt aku..

sekarang..
aku dengan dia.
cinta tak dijangka.
memang tak jangka.
ikut apa yg berlaku,
tak mungkin kau milik aku.
tp sekarang..
cinta dah bersatu.
hati kau milik aku.
cinta apa ?
cinta infiniti.
antara kau dan aku.
kalau ada yg ganggu,
aku tak hairan.
sebab aku tahu,
sebab aku percaya,
yg kau akan jaga hubungan ini.
kerna kau kata,
cinta hingga syurga kau hanya satu. 
dan itu milik aku :')


cinta infiniti.



thankyou arjuna.
happy 3rd years. 
xoxo.


Friday, August 15, 2014

Program Bakti Siswa "Kedahku Sayang"

Alhamdulillah...
5 hari program berjalan dengan jayanya.
Tahniah kontinjen terbesar IPGKDA
Memonopoli ketiga-tiga tempat pemenang video terbaik.

and thankyou very much on your great job soulphotography, aimanphotography, bvrlicious.
ehem.. promote promote.
hewhew

okay okay.
cerita program lah.
program 5 hari (9 Aug - 13 Aug 2014 ) Bakti Siswa melibatkan 13 IPTA/IPTS seluruh Malaysia dgn kerjasama KPM, PPD PENDANG dan UNIMAS.

Kami berkampung di Felda Sg. Tiang selama 5 hari.
Weyy..! Kg ni tersangat la seronok ohsem syok bahagia aman damai segalanya lah.
Baik dr segi warga kampung, pihak sekolah, anak anak kampung.
Allah... bahagia sungguh duduk sini.
Suasana sangat seronok.
Tenang hati...Tenang fikiran...
Keluarga angkat sangat baik..
Layanan tiptop.
Walaupun kami buat macam hotel keluar pagi balik malam sebab aktiviti padat.
Abah hantar, abah jemput. Makan hari hari ada.
Pagi, tengahari, malam.
Alhamdulillah... kami anak manja ! ;)
Sampai mak tak bagi balik..suruh stay lagi.
Alahai...nanti kami datang lagi.
Pasti kami datang. InsyaAllah.
Sebab kami dah jatuh cinta dengan suasana kampung Felda Sg. Tiang.
Duduk sana, rasa macam kampung halaman sendiri...
Selesaaa... sangat selesa.
Semoga ikatan ini terjalin selamanya. :)

Sk hujung keton..
Allah..suasana sangat nyaman.
Jauh terletak dalam Pendang.
Ya. jauh.
127 org murid.
Tiada masalah disiplin. Tak perlu guru disiplin.
Mostly murid dari golongan kurang berkemampuan.
Murid sangatlah baik..
Anak-anak pra sekolah sangatlah comel.
Para guru dan guru besar sangat baik.
Kedatangan kami sangat dialu-alukan oleh pihak sekolah yg tidak pernah menerima mana-mana kunjungan sebelum ni.
Seronok sungguh mereka menerima kehadiran kami.
Kami juga seronok berada di Sk Hujung Keton walaupun sekejap.
Jujur, aku suka sekolah Sk Hujung Keton walaupun mmg hujung sungguh duduknya sekolah ni.
Tp udara nyaman, sejuk. Suasana tenang.
Line hp ? Mestilah ada!!
cuma takde la line 3g or segala bagai g tu.
senang cerita, memang tak dapat lah nak insta or fb tu. hikhik
wifi sekolah ? not sure.
Jangan takut nak datang sekolah ni...
suasana nyaman.
selesaa.
warga sekolah yang sangat baik!

Terima kasih warga Felda Sg Tiang.
Terima kasih warga Sk Sg Tiang.
Terima kasih warga Sk Hujung Keton.
Terima kasih semua keluarga angkat.
Terima kasih semua pihak yg terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program Bakti Siswa Kedahku Sayang.


Sebahagian moments sepanjang program bakti siswa..
*more pictures soon.



Pengalaman mengajar erti penat lelah kehidupan yang tak dapat dibeli.
Alhamdulillah.
43 org siswa siswi kental gagah perkasa.
berjaya berbasikal ke bukit perak.
an achievement for those yg memanjakan badan selama ini.
nah kauu.
merah padam muka!
separuh nyawa nak sampai sini.
last day.
cycling to bukit perak.
separuh nyawa cycling sini !!
pengalaman yg sgt berharga.

we are here.
in Bukit Perak.


Selpiaq lelaki.


bukit perak

they just so excited to be with us

kak auni dan anak anak prasek. sk hujung keton

Adra...she's so special.
lain daripada yg lain

penyakit selfie dengan kanak kanak yg kaki bergambar jugak

seronok melayan si comel ni semuaa

they request for photos.

excited bergambar

buah hati

kami kaki selfie.
Allahu.. bahagianya bersama mereka.

anak anak sk hujung keton
mygodddd! comel sangat.

adra comel

fasi selpiaq

PraSek. Sk hujung keton
gotong royong

LDK sk sg tiang

mentor mentee sk sg tiang

rumah mak abah

program sk sg tiang

rumah mak abah

adik beradik angkat.
rumah mak abah

cikgu kaki selpiaq

sementara tunggu ketupat masak. hikks.
selpiaq sedaih.

musim buah, makan buah je kerja kami.



Since kami terlalu sibuk dengan aktiviti, tak sempat nak beramah mesra lama lama.
 Keluarga angkat semua jangan risau..
Kami akan datang lagi luang masa dengan keluarga pulak! ;)
InsyaAllah.... kita jumpa lagi. ;)




Terima kasih pengalaman indah 5 hari.
 Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Tuesday, August 5, 2014

cinta infiniti

Cinta infiniti ?

Apa tu ?

come on.. Maths students should know.
yg ambik maths tahu apa itu infiniti.

Nak tau cinta infiniti ni kejadah apa ?
Okay, baca cerita karut di bawah ;)

Cinta 101% - Ada nilai yang kita nampak & boleh ukur.

Cinta dari bumi ke bulan, patah balik ke bumi. - Still boleh diukur. Walaupun mustahil kita nak ke bulan. Kita nampak jarak tu . 804 672 km. One way 402 336km. Gila kau. Jauh benor tu cinta tu. Tapi dah habis 804 672 km tu, habis dah la cinta tu.

Cinta maya - Ini kita tahu. Dunia maya. Bercinta dekat dunia ciptaan sendiri bukan dunia nyata. Mungkin banyak tipu dari kebenaran.

Cinta monyet - Cinta oleh monyet yang tergedik gedik tak tentu hala. Monyet. Dapat something, main lah sampai bosan, then dpt barang baru, buang yang lama, ambik yang baru. Org kata habis madu sepah dibuang.

Cinta hakiki - Hanya untuk Allah SWT.

Cinta karut - Penuh dengan karut marut yang mereka cipta.

Cintan cintun - Tah. Tak tahu la aku.

Cinta mati - Yg ni tah. Cinta nak mati ka, cinta mmg nak mati ka, cinta sehingga mati ka, cinta mintak mati ke apa.

Cinta sampai hujung nyawa - Cinta sampai nafas terakhir jer. Lepas dh kiok tu, takde dah la cinta tu sebab dah sampai hujung nyawa.

Cinta jannah - Okay. Ini idaman gegadis jejaka di luar sana. Loves till jannah gitu. Cinta sampai syurga. auww. Sape taknak kan ? 

Cinta infiniti - Infiniti. Mengikut DBP, infiniti ni banyaknya tak terkira. So, cinta yang tak terkira, tak dapat disukat, tak dpt ditunjuk sejauh mana, sedalam mana cinta tu. Okay ?? 

Cinta harta - Dah terang lagi bersuluh, mata duitan or tengkuk dalam lah ni. 

Cinta mainan - Mungkin bahan mainan je kot. ?

Cinta selamanya - Yang ni untuk familyyyyy. Forever loves gituu. ouch.


Sebenarnya nak cerita makna cinta infiniti je tadi sebenarnya.
Sebab nanti nak buat post pasal cinta infiniti.
Tapi banyak pulak jenis cinta.
Haha. Thankyou lah luang masa baca. ;)

Later ya visitors.
Assignment beratur lagi. 
Buat kerja dulu, baru mengarut sini. 
xoxo.


Loves,
Miss K



-mengarut suka hati, ikut kepala sendiri, ikut idea sendiri. jangan masuk dalam assignment. -