Pantai timur.
Kelantan.
Terengganu.
PAHANG.
Banjir.
Im in Pahang.
Alhamdulillah.
setakat ni masih selamat dr banjir.
tapi....
Tak boleh nak kemana. Jalan semua naik air.
Alhamdulillah..
Dengar citer, hari ini (27 Dec 2014) : Kota Bharu air dah mula surut, Kuala Krai pun surut, Gua Musang pun surut. Alhamdulillah dan takziah atas kehilangan nyawa dan harta benda..
Aku tahu, berita menipu. Aku percaya certain cerita kt laman sosial yg dr sumber yang boleh dipercayai lah. Esp. post2 Raja Shamri. Definitely aku percaya. How bad the situation are in Kelantan. Allahu. Sedih. Anak2 mati kelaparan, kesejukan, lemas, hanyut. macam2. Tak sanggup nak tengok video yang mereka post di laman sosial. Cukup satu video mereka yang lemas dek banjir di Kelantan. Ibu bapa hanya mampu meraung, menjerit, tengok anak hanyut dibawa arus banjir. Allah.. Hati mana yang mampu. Kejadian di hadapan mata yang meragut nyawa kedua dua sepupu itu. Ya. Berita tak siar. Kecuali laman sosial. Rintihan rakan-rakan di negeri Darul Naim.. ada atuk nenek yang sudah uzur, ahli keluarga yang sakit, yang masih menanti pertolongan dari pihak-pihak penyelamat. Makanan yang tidak cukup untuk mangsa banjir dan sebagainya. Pelbagai cerita yang aku dengar dan baca dari Kelantan. Tak sanggup nak baca. Sedih. Tengok keadaan Kelantan yang sangat teruk. Sedih tengok golongan-golongan yang kurang kudratnya, yang tua, yang sakit, anak anak kecil, Allah. Aku tak kuatt,
Semoga semuanya baik baik sahaja. Semoga semuanya dilindungi Allah. Kami dari Pahang, mendoakan untuk kalian di Kelantan :'(
Itu berita dari Kelantan yang aku dengar.
Terengganu ? macam mana ?
Setakat aku sempat baca, Besut, Kemaman, Chukai, itu je. Lain lain kawasan tak pasti. Yang psti, Suami isteri yang mati lemas tu jadi kt Terengganu. Allah. Kesian. Takdir. Anak-anak 6 orang kecik2 jadi yatim piatu. Moga tabah sayang. Sedih. Kesian, Macam2 rasa. Al fatihah.
Ini kisah tempat aku, Pahang. Spesifik, Temerloh, Maran, Jerantut.
First, Kuala Tembeling. Im not from there. Tapi makcik aku ada kat sana. Tinggal di Balai Polis Kuala Tembeling. Pencinta alam mesti tahu. Sebab dekat sangat dengan jeti Taman Negara. Tourist naik bot dari Jeti Kuala Tembeling untuk pergi ke Taman Negara Pahang ikut jalan air. Balai Polis tempat paling tinggi. Tapi lokasi tepi sungai Kuala Tembeling. Dapat berita, Kuala Tahan naik air. or lebih feymes dengan Taman Negara. Bila tengok gambar, sangat tinggi. Dasyat. Dah terputus hubungan dengan makcik since 24 Dec 2014. Air takde, elektrik takde. Ya, rumah dia tak kena banjir, tapi rumah jadi pulau. Tak boleh kemana2. Alhamdulillah, ada dapat bantuan makanan. Hari ini (27 Dec 2014) baru dapat berita. Dia dan keluarga alhamdulillah selamat dan dapat bantuan makanan. Alhamdulillah. Lega hati. Air pun dah surut 4 kaki katanya. Bandar Jerantut tak pasti macam mana keadaan. Jerantut Feri katanya tenggelam juga. Harap penduduk sana selamat semuanya. Xde gambar area Kuala Tembeling and Jerantut, tapi area Taman Negara ada.
|
THIS IS TAMAN NEGARA PAHANG.
SUMBER : PAGE I LOVE PAHANG, GOOGLE (dont wory. even gambar gugel, masih sahih)
|
Itu cerita Kuala Tembeling, Kuala Tahan, dan Jerantut. Move on to Temerloh. Air naik cepat. Sungai Pahang mula mengganas. Melimpah. memenuhi jalan-jalan yang rendah. Mula dengan kawasan esplanade, then tg lalang, cowboy, traffic light bawah jambatan temerloh, kubang gajah, bandar temerloh dan tempat-tempat lain, kampung2 yang ada kt temerloh. This is my first time. Tgk bandar Temerloh banjir. Ya. Almost semua bandar. Air memenuhi ruang. Bandar baru temerloh dan bandar lama temerloh. Semua kena. Tak boleh nak tengok. Kereta tak boleh masuk. Cuma nampak time lalu atas jambatan Temerloh. And gambar-gambar di Page I Love Pahang. Stadium jadi kolam. Waterpark Kubang Gajah jadi betul2 waterpark dipenuhi air sungai. Dasyat banjir kali ini. Highway LPT exit Temerloh ditutup berikutan air sungai memenuhi jalan kedua2 arah. Here, some photos of Temerloh.
|
Sk Paya Pulai. - Air makin naik. |
|
Sg pahang. |
|
Bandar lama waktu air mula naik |
|
Bandar baru- tak tahu keadaan. Air makin naik or surutl |
|
Traffic light bawah jambatan/gobang makin naik |
|
Nenek cousin stay sini. Banjir. Dah tak lepas nak pergi jenguk. |
|
Bandar tepi sungai. Makin naik |
|
Highway LPT. Jam due to flood. LPT is now closed to all vehicles. |
|
Waterpark Kubang Gajah |
|
Stadium Temerloh, background sungai pahang
SUMBER : PAGE I LOVE PAHANG |
I cant give the exact time and date. Tapi yang pasti, sampai hari ini (27 DEC 2014) air makin naik di kawasan-kawasan ni. Ada kawasan yang terperangkap tak dapat keluar jalan dah tutup dek banjir. Aku pun dah tak lepas nak tengok tok yang duduk di Taman Jaya 8. Air baru naik. Polis pun dah announced. Jalan di Paya pulai dah tutup. Air naik laju. tengahari tadi aku lalu. Air naik laju. Memang laju. Membuak buak. takut. Malam ni dah tutup. Tak boleh lalu. Harap tok dan makcu, pakcu selamat and tak kena banjir. Aku dah tersangkut kat rumah. Tak boleh kemana. Jalan tertutup. Stay at home, whatsapp-ing dlm group family for updates from them.
And lastly here in my kampung. Area Maran. So far, pagi tadi pegi tengok jalan, Maran masih clear and boleh lalu dengan selamat. Malam ni tak tahu lah apa jadi. Esok aku tengok lagi. Kemungkinan besar, air di area Kg Paya Pasir akan naik dulu atas jalan sebab td pun dah mmg tepi jalan je dah air. And beberapa red spot banjir still belum tutup jalan. Esok akan check lagi. Beberapa kampung area Maran ada yang naik air. Then, aku pergi tengok jalan nak ke highway LPT. Exit Chenor. Okay, xsempat smpai hgway. Jambatan Sg Nerek dah naik air. Pagi tadi kereta still blh lalu. Malam ni, Tak tahu apa cerita. Terputus sudah jalan untuk aku masuk ke LPT. Ke KL memang tak lepas. Ke Kuantan pun sama. Sempat pegi Temerloh, beli stok makanan tengahari tadi. Nasib dah beli, sebab malam ni dah tak lepas ke Temerloh sebab jalan Paya Pulai dah tutup. Kampung Chenor. Air sg Pahang mula melimpah memenuhi bandar lama. Empangan kecik mula melimpah. Petang semalam (26 Dec 2014) aku still boleh drive pegi tengok sungai. Malam aku pegi, dah nampak air naik atas jalan. Hari ini (27 Dec) nahh, tak boleh lalu dah dengan kereta. Air naik cepat. Air makin naik. Makin tinggi, Sekejap je. Esok tak tahu macam mana. Rumah aku jauh, Tak kena. Tapi skrg air memang takde. Elektrik ada sebab kawasan aku kawasan tinggi.. Setakat ni takde gangguan elektrik kecuali air. Susah bila takde air ni. hmm. Tak lepas kemana, duduk rumah, lawat banjir, jadi repoter untuk family.
PAHANG - AIR MAKIN NAIK di Daerah Temerloh dan Maran.
MAY ALLAH PROTECT EVERYONE IN EAST COAST, the flood victims and family. Aminn.
My tears and deep condolences to the family who lost family members due this flood. Allahuakbar. Allahuakbar. Allahuakbar. Allah with us. Stay Strong.
PLEASE PRAY FOR US.
PRAY FOR EAST COST.
WE NEED YOUR DUA'.
ALLAHUAKBAR.
Dear family and cousin,
Please be safe in your place. I love you. Take Care.
Thats it for now. 12.00am @ 28 DEC 2014
For more updates about The East Coast :