TEKS
PIDATO
Bismillahirahmanirrahim.
Cuba kita taakul dan berfikir sejenak dengan pengaplikasian
integriti dan jati diri Maharaja Meijing membina maruah bangsa, integriti dan toleransi
Mahatma Gandhi berjaya memerdekakan India.
Integriti telah mengajar sekalian anak watan Tanah Melayu menuai kudrat
membebaskan nusa daripada kuku penjajahan. Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Yang saya hormati, Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha, Puan
Suhailah bt Shaarif, pensyarah Bahasa Melayu Kontekstual serta para hadirin
yang saya kasihi sekalian.
Pada pagi yang sangat bernilai ini, ingin saya panjatkan kesyukuran
kepada Allah kerana memberikan peluang kepada saya untuk menyampaikan pidato
yang cukup bermakna dan penuh dengan perisian. Insya-Allah. “Pendidik Berintegriti, Negara Dihormati”,
begitulah frasa yang ingin saya ungkapkan.
Sebelum saya berbicara dengan lebih lanjut tentang tajuk ini, rasanya
elok benar saya merungkai mutiara makna atau definisi tentang apa yang dimaksudkan
dengan “Pendidik Berintegriti, Negara Dihormati”.
Hadirin yang
dikasihi sekalian,
Acap kali kita mendengar perkataan integriti. Namun tahukah kita apa yang dimaksudkan
dengan integriti ? Mengikut Kamus Dewan
Edisi Ketiga, pendidik bermakna orang yang mendidik. Pendidik juga digelar sebagai
guru. Integriti pula ditakrifkan sebagai
kejujuran, keadaan sempurna dan utuh. Integriti
juga merujuk kepada prinsip moral bagi seseorang individu, Manakala negara didefinisikan sebagai suatu
masyarakat yang menduduki kawasan tertentu dan diperintah oleh sebuah
kerajaan. Dihormati atau kata dasarnya
hormat ialah mempunyai pandangan yang tinggi terhadap seseorang. Bagi mengulas dan mengupas tajuk saya pada pagi ini, saya akan mengemukakan
5 komponen utama dalam pidato saya pada hari ini.
1. Pendidik bersahsiah, peribadi cemerlang.
2. Pendidik
berpekerti mulia, disanjung tinggi.
3. Pendidik kreatif,
menjana revolusi minda.
4. Pendidik mendukung
wawasan negara, memperkasa negara.
5. Pendidik berilmu,
melonjakkan negara di pentas dunia
Bagaimanakah dikatakan
pendidik bersahsiah membentuk jati diri bangsa?
Pendidik bersahsiah merupakan komponen saya yang pertama. Apa yang boleh
diperkatakan ialah pendidik seharusnya mempunyai pekerti mulia seperti yang
terkandung dalam Falsafah Pendidikan Guru. Hal ini juga
merupakan salah satu pendekatan untuk pendidik mendekati murid. Pendidik yang
prihatin, ramah serta sopan santun merupakan salah satu gaya anggun untuk
membolehkan murid mendekati seseorang murid itu. Justeru, ungkapan pendidik
sebagai role model oleh masyarakat adalah amat sesuai. Pendidik yang bersahsiah
mampu melahirkan modal insan yang sempurna dari aspek jasmani,emosi,rohani dan
intelek. Seandainya pendidik itu sendiri yang pincang, maka sesuailah dengan
pepatah ini “kalau guru kencing berlari, tidak hairanlah jika murid kencing
berlari”. Integriti pendidik atau guru sebagai penjawat
awam perlulah melaksanakan amanah dan kuasa yang dipertanggungjawabkan menurut
kepentingan umum. Seorang penjawat awam tidak wajar menyalahgunakan kuasanya
untuk kepentingan diri, keluarga, saudara mara atau kaum kerabat sendiri.
Sebagai penjawat awam, seseorang perlulah telus dan tulus, selain memikul
pertanggungjawaban terhadap ketuanya, orang bawahan dan kepada pihak yang lain.
Maka, tanggungjawab seorang pendidik amat berat dalam mendidik pelajar dengan
penuh keikhlasan dan kejujuran untuk melahirkan generasi yang berguna kepada
masayarakat dan negara kita. Dengan demikian, pendidik perlu mempunyai hubungan
yang baik dengan pelajar yang berteraskan keikhlasan serta sifat penyayang agar
dapat memberikan didikan yang terbaik buat semua pelajar kerana pelajar
sekarang, penentu masa depan negara.
Hadirin yang
dimuliakan,
Komponen saya yang kedua ialah, pendidik berpekerti mulia,
disanjung tinggi. Seperti yang kita
sedia maklum, golongan pendidik merupakan ‘role model’ terhadap golongan muda
terutama pelajar sekolah rendah. Hal ini
kerana, mereka merasakan apa yang dilakukan oleh guru mereka, semuanya benar
belaka. Bukan sahaja dari segi sahsiah, bahkan
dari segi pemakaian dan cara percakapan.
Oleh itu, sebagai seorang pendidik, seseorang itu perlu mempunyai nilai
murni dan adab yang tinggi. Nilai murni
seorang warga pendidik amat penting bagi menjaga maruah seluruh warga pendidik
yang lain. Dahulu pernah timbulnya isu
yang menggemparkan dunia pendidik dimana seorang guru telah mencabul 12 orang pelajarnya. Insiden yang tidak bermoral ini telah mencemarkan
nama baik golongan warga pendidik yang selama ini dipandang tinggi oleh
masyarakat. “Kerana nila setitik, habis rosak susu sebelanga”. Persoalannya disini, mengapakah perkara ini
terjadi ? Hal ini terjadi kerana
tiadanya nilai integriti dalam diri pendidik tersebut. Sebilangan kecil para warga pendidik tidak
menerap dan mengamalkan integriti dalam diri dan kehidupan mereka. Integriti merupakan nilai yang paling penting
bagi seorang guru. Guru yang
berintegriti perlu melaksanakan tugasnya dengan amanah dan mempunyai
keprihatinan serta penuh kasih sayang kepada pelajar bukan menganiaya pelajar. Dan apabila kita merujuk kepada rumusan
maksud integriti yang saya ceritakan di atas iaitu , integriti adalah merujuk
kepada prinsip moral bagi seseorang individu, maka apabila seorang guru itu
melakukakan perbuatan yang tidak bermoral, maka dia bolehlah diklasifikasikan
sebagai seorang yang tidak berintegriti.
Seorang guru yang berintegriti perlu mempunyai tahap ketabahan yang
tinggi serta sentiasa bersikap positif dalam semua perkara agar negara kita
dihormati dan dipandang mulia.
Seterusnya, komponen saya
yang ketiga ialah pendidik berinovatif, kreatif dan kritis khususnya dalam
bidang sains dan teknologi. Hal ini
bertepatan dengan elemen keenam Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu unsur intelek. Objektifnya ialah untuk melahirkan bangsa
yang sentiasa meneroka sesuatu perkara yang baru dan mencabar. Segala-galanya bermula daripada ilmu seorang
pendidik yang telah dicurahkan kepada para pelajarnya. Para pendidik hendaklah bersedia untuk
menimba ilmu dan kemahiran baru berkaitan dengan Pengajaran dan Pembelajaran
serta sanggup melaksanakan inovasi dalam pembelajaran di bilik darjah. Negara maju seperti Amerika Syarikat dan
Britain mempunyai ekonomi kukuh yang sebahagian besarnya disokong oleh kegiatan
yang berasaskan sains dan teknologi. Ini
membuktikan bahawa perkembangan sesebuah negara bergantung kepada sejauh mana
perkembangan sains dan teknologi di dalam negara tersebut. Kemahiran sains dan teknologi ini tidak boleh
wujud dengan sendirinya tanpa didikan daripada warga pendidik. Bagi melahirkan para pemaju negara ini, warga
pendidik perlulah menjadi seorang yang berinovaif, kreatif dan kritis. Unsur intelek ini perlu ada dalam diri warga
pendidik agar dapat melahirkan generasi yang mampu mencipta inovasi baru. Dengan adanya generasi yang mempunyai
kemahiran sains dan teknologi ini, dengan adanya inovasi-inovasi baru yang
dicipta, maka negara akan dihormati dan dapat menghindarkan masalah kemunduran
yang acap kali dihadapi oleh sesebuah negara yang tidak mempunyai perkembangan
sains dan teknologi. Sesungguhnya, guru
berada di saf hadapan untuk membangun bangsa cemerlang yang akan menentukan
sebuah negara maju, aman dan dihormati.
Sidang hadirin sekalian,
Komponen saya yang keempat
pula ialah pendidik mendukung wawasan negara. Kementerian Pendidikan Malaysia
telah merangka Pelan Induk Pembangunan Pendidikan dengan matlamat melahirkan
modal insan yang berupaya menyesuaikan diri dengan persekitaran global yang
acap kali mengalami transformasi. Transformasi
perlu seiring dengan semangat 1Malaysia yang mementingkan perpaduan. Pendidik daripada pelbagai latarbelakang,
anutan agama atau bangsa mestilah terbabit dalam proses membentuk perpaduan,
sekali gus menjalin hubungan dan kerjasama yang kukuh dan berkekalan. Sekolah Wawasan yang dicanai kerajaan bertujuan untuk menghapuskan jurang
perkauman dan sekaligus memupuk semangat patriotisme yang tinggi. Sekolah Wawasan merupakan pengumpulan tiga
buah sekolah dalam satu kawasan iaitu Sekolah Kebangsaan, Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan
Cina dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil.
Justeru, bagi menjayakan matlamat perpaduan antara kaum, maka sesuailah
dengan pepatah Melayu “melentur buluh biarlah daripada rebungnya”. Seperti yang
kita sedia maklum, Sekolah Wawasan merupakan salah satu inisiatif pihak
kerajaan untuk mengelakkan isu perkauman berlaku dalam masyarakat kita. Peristiwa berdarah 13 Mei pasti tidak akan
berulang lagi. Warga pendidik memainkan
peranan yang sangat penting dalam melaksanakan program ini. Bagi memupuk nilai integriti dalam diri
pelajar, pendidik haruslah mempunyai nilai integriti yang tinggi dalam dirinya
sediri agar dapat diterapkan dalam diri pelajar dengan mudah. Apabila seorang pendidik berjaya memupuk nilai
integriti dalam diri anak didiknya dan mampu melahirkan bangsa berintegriti
sekaligus mereka pasti mampu mengangkat martabat negara serta mendukung wawasan
negara.
Setelah tamat komponen keempat, kita beralih pula kepada komponen saya yang terakhir
iaitu pendidik yang berilmu dan beramal.
Menurut perspektif agama, kerjaya guru dianggap sebagai ibadah. Hal ini kerana tugas pendidik adalah untuk
menyampaikan ilmu dunia dan akhirat kepada murid sebagai pedoman hidup. Dalam menjana transformasi
pendidikan, tugas guru bukan hanya sekadar menyampaikan ilmu pengetahuan,
tetapi juga berperanan membentuk bangsa supaya menjadi insan yang berakidah,
dinamik dan berkualiti di dunia dan akhirat. Sudah
menjadi lumrah sebagai seorang pendidik untuk mendidik anak bangsa dan beramal
kepada bangsa dan negara. Ilmu yang
disampaikan oleh pendidik dapat membimbing kita. Ilmu yang dicari untuk dikongsi bersama,
bukan disimpan seorang diri. Kita tidak
mahu menjadi pendidik yang hanya mengharapkan gaji setiap bulan secara membabi
buta semata-mata. Pendidik yang
cemerlang adalah pendidik yang berintegriti.
Fikir-fikirkan. Maka, ingin saya
jelaskan di sini bahawa tujuan pendidik adalah untuk melahirkan modal insan
yang diperlukan oleh negara pada masa hadapan.
Bagi mencapai Wawasan 2020, modal
insan yang dimaksudkan ialah modal insan yang berilmu, berkemahiran, berketerampilan
dan berintegriti. Sudah menjadi
tanggungjawab seorang pendidik yang berintegriti untuk mendidik anak bangsa
bagi melahirkan bakal-bakal pemimpin negara yang berintegriti pada masa akan
datang. Secara tidak langsung, negara
akan dihormati dan disanjung tinggi.
Sidang pendengar yang saya kasihi sekalian,
Pada penghujung
bicara,jelas tertera, integriti sangat penting dalam diri seorang pendidik bagi
melahirkan modal insan yang cemerlang. Tugas
guru dipandang tinggi dan diiktiraf bukan saja sebagai penyampai ilmu, jurutera
sosial, penyubur perpaduan, pencorak minda, pembangun sahsiah malah sebagai
ejen perubahan. Tatkala kita jadikan integriti sebagai budaya
dan pegangan, maka impaknya bangsa yang dulu tertiarap dimamah, kini kembali
tegak bermaruah. Sebagai rakyat Malaysia suka untuk saya ingatkan, pada hari
ini, impian kita adalah untuk menjelmakan bangsa yang cemerlang, gemilang dan
terbilang bukan bangsa yang kecundang, pincang dan terbuang. Ingat, jangan biar ayam direban disambar
helang, jangan biarkan padi di tangan menjadi lalang, mari bangkit dan
sama-sama berjuang ke arah negaraku yang semakin gemilang dan terbilang di mata
dunia. Pendidik berintegriti, negara
dihormati. Sekian, wabillah hitaufik
walhidayah wfor assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
leave your email for soft copy. i'll email you ASAP. tq :)
assalamualaikum..
ReplyDeletebole emailkan sesegera mungkin pd saye teks pidato ni
taufiqmasri@gmail.com
Waalaikumussalam.. sorry lambat baca. sy dah emailkan. kindly check your inbox :)
Deleteassalamualaikum..
ReplyDeletetlg sent dkt email...
azzura925@gmail.com
assalamualaikum.. boleh x send dkt email saya..
ReplyDeletediba195@gmail.com
Assalam.. Kindly check your email ☺️
DeleteAssalamualaikum..maaf...boleh tolong email dekat saya saira9899@gmail.com
DeleteAssalamualaikum..maaf...boleh tolong email dekat saya saira9899@gmail.com
DeletePlease check ur email ;)
Deleteassalamualaikum
ReplyDeletetolong send dekat email saya muhamdsyukri@gmail.com
terima kasih ^^
Mohon emailkan ^^ ty
ReplyDeletemuhammadfahmi96@gmail.com
assalamualaikum ....
ReplyDeleteboleh x tlong emailkan kepada saya... lagi cepat lagi bagus.. hehe..
arroyyan_99@yahoo.com
silap email tu.... 9 ada tiga kali... niy yang betul..
ReplyDelete: arroyyan_999@yahoo.com
Salam Kenal..
ReplyDeleteBoleh emailkan kepada saya?
kmk_chubby@yahoo.com.my
bole saya dapatkn softcopy...sbg rujukan... radzikecik92@gmail.com...tq.....
ReplyDeletesalam sejahtera.bole tlg emailkan kepada sy? wwhitneymett@gmail.com
ReplyDeletegood day, can i have the soft copy of this? thanks ^-^
ReplyDeletebabyfozzy97@gmail.com
salam kak.. boleh emailkan pada saya hazimahzain@ymail.com
ReplyDeleteemailah kepada saya terima kasih weihann01061997@gmail.com
ReplyDeletehai.tlg emailkan pada humairanafisya97@gmail.com ..tq ;-)
ReplyDeleteassalamualaikum
ReplyDeleteboleh emailkan ke amardhiyah60@gmail.com dengan segera.
Terima kasih