no kopipasta baby !

Friday, September 12, 2014

edu : THE MASCOT

CADANGAN PENYELESAIAN MASALAH

          Kualiti peribadi guru yang efektif akan membantu guru dalam melaksanakan tugas dengan lebih baik di dalam bilik darjah. Ada kualiti ini sememangnya sudah sedia ada dalam diri seseorang guru.Ada pula guru yang perlu dilatih atau diingatkan tentang kualiti yang diperlukan untuk membantunya dalam pengurusan bilik darjah.(Haliza dan Joy Nesamalar, 2008). Sememangnya pendekatan yang diambil Cathy untuk mengawal kelasnya sudah betul namun keberkesanannya akan dapat dilihat sekiranya Mrs. Clem ditunjukkan kesilapannya dan diterapkan dengan nilai – nilai dan ciri – ciri guru efektif.


Mrs. Clem Perlu Lebih Bersikap Universal dan Adil terhadap Murid.

Tanggapan awal untuk mengenalpasti guru yang efektif lebih terarah kepada ciri – ciri yang ada pada seseorang guru tersebut seperti cara pendekatan yang digunakan, sifat dirinya yang ceria, keinginan, sifat kebergantungan pada diri, adil, jujur, bijak, mempunyai nilai moral yang baik dan sabar. (Charters dan Waples, 1929).
Dalam kes ini, Mrs. Clem tidak menunjukkan ciri –ciri guru efektif dan pendekatan terlalu memilih kasih antara muridnya telah menyebabkan Jabar berkelakuan negatif terhadap Cathy. Kemungkinannya, Jabar beranggapan bahawa perhatian yang tidak sama antara Cathy dan Mrs. Clem terhadapnya menunjukkan bahawa Cathy tidak menyukainya.
Bagi menyelesaikan masalah ini, Mrs. Clem perlu mengubah pendekatan yang diambil terhadap Jabar. Sikap pilih kasih itu telah mendorong kelakuan negatif Jabar. Menurut Lorin (1989), pendekatan kebiasaannya digunakan untuk penyampaian arahan banyak disokong oleh ramai pendidik dan pada masa yang sama para penyelidik mencadangkan agar lingkungan semulajadi (ciri – ciri keperluan psikologikal  Abraham Maslow iaitu kasih sayang) dalam pengajaran yang efektif di bilik darjah.
Beliau perlu lebih adil dan bersikap universal terhadap semua murid dan tidak hanya mengharapkan Jabar. Beliau perlu sedar bahawa murid – murid lain juga memerlukan perhatian sama seperti yang Jabar peroleh. Sikap pendiskriminasian perlu diatasi dan dikikis dan penyemaian sifat kasih sayang yang sama rata kepada murid – murid lain perlu dilaksanakan.

Tingkah Laku Bermasalah Murid

Dalam kes ini, Jabar ialah seorang murid yang berkelakuan negatif di dalam kelasnya  terhadap guru dan murid lain. Jabar kerap kali melawan Cathy dan juga menganggu rakan sekelasnya yang lain. Tingkah laku bermasalah Jabar sememangnya mempunyai kaitan dengan Model Akibat Logikal Dreikurs. Dreikurs (1968) mendapati bahawa tingkah laku bermasalah berpunca daripada motif- motif berikut :
·       Mendapatkan perhatian
·       Mencabar kuasa
·       Membalas dendam
·       Mempamerkan kekurangan

Jabar berkelakuan demikian semata – mata untuk mendapatkan perhatian Cathy sepertimana yang diperoleh apabila dengan Mrs. Clem. Mrs. Clem tidak pernah menegur kelakuan Jabar yang negatif dan menganggap bahawa tingkah laku Jabar adalah sesuatu yang normal baginya. Cathy merasakan Jabar kerap menganggu kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Sikap Mrs. Clem yang tidak pernah menegur kesilapan Jabar dan pilih kasih telah mengakibatkan Jabar beranggapan bahawa dirinya sentiasa betul dan disayangi. Jabar juga berkelakuan yang sama terhadap Cathy dengan harapan Cathy akan menyukainya seperti Mrs. Clem menyukainya.
Berdasarkan model modifikasi tingkah laku oleh Skinner, murid yang mempunyai masalah tingkah laku boleh diatasi menggunakan peneguhan negatif dan peneguhan positif. Peneguhan yang digunakan dipilih berdasarkan kesesuaian tingkah laku yang diingini dan tingkah laku yang tidak diingini. Seorang guru yang efektif perlu peka terhadap keperluan peneguhan ini di dalam bilik darjah bagi mengatasi masalah tingkah laku murid-murid.
Bagi mengubah tingkah laku Jabar ini, Mrs. Clem perlu memberi perhatian kepada tingkah laku yang diingini. Sekiranya Jabar berkelakuan negatif, Mrs. Clem tidak wajar memberi perhatian dan mengendahkannya. Namun, apabila Jabar berkelakuan baik dan membuat tingkah laku yang diingini, disinilah aspek memberi perhatian perlu ditekankan kepada Jabar. Cara ini dapt membantu Jabar untuk mengetahui tingkah laku mana yang boleh diterima dan mana yang tidak diterima sekaligus mampu mengubah tingkah laku negatif Jabar kepada tingkah laku yang positif. Guru yang efektif perlu sedar dan peka terhadap tingkah laku murid – muridnya di dalam bilik darjah.
Tingkah Laku Bermasalah Mrs. Clem
Tingkah laku Mrs Clem yang tidak efektif di dalam bilik darjah juga perlu diatasi. Mrs Clem tidak mempunyai ciri-ciri seorang guru efektif yang perlu di dalam dirinya. Dalam buku Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku karya Haliza Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel, terdapat 3 aspek ciri guru efektif yang perlu ada pada seorang guru, iaitu :
·         Kualiti peribadi
·         Kompetensi pengajaran dan pembelajaran
·         Penghayatan dan amalan nilai
Ketiga-tiga aspek tersebut perlu dikuasai oleh Mrs Clem bagi membentuk dirinya untuk menjadi seorang guru yang efektif. Ciri-ciri tersebut perl diterap dalam dirinya kerana kekurangan ciri-ciri tersebut mampu mempengaruhi keberkesanan pengurusan bilik darjah.

Mrs. Clem Perlu Membimbing dan Memberi Tunjuk Ajar

 Lorin W. Anderson (2008) telah menggariskan empat langkah – langkah untuk meningkatkan kualiti dan keberkesanan kerja  sebagai seorang guru. Antaranya:
i.       Pendidik- pentadbiran sekolah perlu menyediakan persekitaran kerja yang selesa dan stabil serta tidak membebankan.
ii.      Guru mesti mempelajari kemahiran komunikasi dan bekerja bersama untuk menyelesaikan masalah pendidikan.
iii.    Guru mesti bekerja ke arah kerjaya yang lebih profesional.
iv.    Masyarakat dan komuniti sekolah khususnya guru – guru berpengalaman perlulah menunjukkan rasa hormat kepada guru sebagai guru profesional yang berpengetahuan.
          Langkah – langkah yang digariskan Lorin tersebut mempunyai kaitan dengan kes ini khususnya bagi langkah 1, 2 dan 4. Ciri – ciri ini perlulah diamalkan dan dipraktikkan oleh Mrs. Clem agar kualiti kerjayanya meningkat dan sekaligus tergolong  dalam kalangan guru – guru yang efektif.
Bagi langkah 1, Mrs. Clem seharusnya membimbing dan membantu Cathy dalam sesi pengajarannya dan bukannya membebankannya dengan mengubah isi pengajaran dan menyuruhnya melakukan sesuatu yang diluar jangkaan. Dalam langkah ini, Mrs Clem seharusnya menyediakan suasana proses pengajaran dan pembelajaran yang baik terhadap Cathy dan tidak membebankan Cathy untuk mengikut segala arahan yang dikeluarkannya serta menganggu proses pengajaran dan pembelajaran yang ingin dilaksanakan oleh Cathy.
          Bagi langkah 2, Mrs. Clem yang berpengalaman hampir 20 tahun sebagai guru sewajarnya lebih peka terhadap masalah yang dihadapi Jabar dan membantu Cathy untuk membentuk disiplin Jabar melalui komunikasi dan perbincangan mereka memandangkan beliau juga lebih arif akan perihal sikap Jabar. Apa yang berlaku dalam kes ini ialah sikap Mrs. Clem yang tidak suka ditegur dan dibetulkan kesalahannya berdasarkan pemerhatian oleh Cathy. Komunikasi yang baik dan kerjasama antara Mrs Clem amat penting bagi membantu Cathy menguruskan masalah yang berlaku di dalam bilik darjah tersebut.
Bagi langkah 4 pula, komuniti masyarakat di sekolah yang dimaksudkan adalah Mrs. Clem. Mrs. Clem seharusnya mengiktiraf kemampuan Cathy sebagai guru permulaan dan memperkenalkan Cathy dengan cara yang lebih terhormat agar Cathy tidak merasakan dirinya seperti mascot.
          Menurut Glasser (1993), guru boleh meningkatkan mutu pengajaran melalui sifat guru yang sentiasa membimbing serta memberi galakan kepada murid untuk memberikan yang terbaik. Malah, guru perlu bersifat pembimbing dan bukan pengarah.
Situasinya di sini, Mrs. Clem yang bertindak sebagai guru pembimbing perlulah sentiasa membantu Cathy dan bukannya semata – mata mengarah. Mrs. Clem juga merendahkan keyakinan muridnya selain Jabar apabila beliau tetap mahu mengarahkan Jabar ke keretanya untuk mengambil ‘science kit’.

Mrs. Clem Perlu Bijak Untuk Campur Tangan

Kompetensi pengajaran dan pembelajaran merangkumi dua aspek iaitu pengetahuan dan kemahiran dalam pendidikan. Bagi elemen pengetahuan pula adalah terarah kepada pengetahuan am, pengetahuan ikhtisas dan pengetahuan mengenai kurikulum. Manakala, elemen kemahiran pula menjurus kepada kemahiran pedagogi dan kemahiran penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi.(Haliza dan Joy Nesamalar, 2008).
Mrs. Clem harus mempunyai pengetahuan mengenai kurikulum sains yang diajar oleh Cathy. Kelas sains tersebut perlu diserahkan kepada Cathy tanpa campur tangannya untuk memberi arahan kepada Jabar untuk menyiapkan ‘science kit’ tersebut. Mungkin kurikulum sains pada ketika itu memerlukan pemerhatian dan pemantauan guru yang bertanggungjawab.Keputusannya untuk campur tangan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran tersebut menyebabkan kawalan kelas kucar kacir.

Manakala, kemahiran pedagogi juga penting untuk memastikan kawalan kelas dalam keadaan sistematik.Mrs. Clem seharusnya menggunakan konsep kelancaran dan kesinambungan ketika sesi pengajaran yang diperkenalkan Kounin. Guru yang baik akan sentiasa peka terhadap kelancaran sesi pengajaran dan pembelajaran serta sentiasa menarik minat murid dan tidak sewenang – wenangnya memberikan mereka peluang untuk membuat gangguan di dalam kelas.
          Menurut Emmer, Evertson dan Worsham (2006), pada awal persekolahan, murid – murid masih tidak pasti apa yang akan berlaku dalam kelas. Mereka mungkin mempunyai jangkaan berdasarkan pengalaman mereka dengan guru yang lain sebelum ini dan berbeza dengan apa yang bakal berlaku pada sesi baru. Cathy pada mereka adalah sama dengan Mrs. Clem daripada segala aspek samda pendekatan pengajarannya mahupun sifatnya.
Oleh yang demikian, Mrs. Clem perlu lebih prihatin terhadap sikap murid – muridnya terutamanya Jabar.Mrs. Clem perlu menyatakan dengan jelas peraturan, prosedur dan keperluan agar murid – murid tahu situasi sebenar mereka apabila Cathy mengajar nanti.Kesannya, tiada lagi campur tangan Mrs. Clem sekiranya kelakuan murid – murid telah dibentuk melalui peraturan yang diterapkan sejak awal persekolahan.




if you need more bout this, kindly leave your email in comments. i'll email you ASAP. tq :)

No comments:

Post a Comment